bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Friday 10 June 2011

_Wah penatnyer jadi suri rumah_

       Walaupun jadi suri rumah sepenuh masa tuk 2 minggu huh tapi penatnye ya Allah....
Bukak je mata semua kena dikemaskan dari A_Z huh,mengeluh,mengeluh dan mengeluh...PENAT.
Macamana lah yer ibu-ibu yang suri rumah sepenuh masa dan sepanjang hidupnya hanya bergelar suri rumah.Tak penat ke korang...KK cayalah KK tabik spring lah...besar betul pengorbanan u all yg bergelar suri rumah.
        Betul - betul semput KK mengerjakan rumah ini sorang diri, ngan anak2 yang kadang boleh disuruh2,kadang tak di layan,kena jadi singa baru bergerak.suami pulak time KK cutilah dia banyak mengelak dari wat keja umah yang banyak2...biasanye dialah tukang kemas, kadang2 rajin plak tolong lipat kain,yang tang basuh  dan jemur kain KK memang jarang sangat buat.tapi syukurlah dia banyak beri kerjasama dan tolong KK buat keja umah.
Persoalan KK kenapa yer keja umah ni tak pernah abisssssssssssss....?
keja kat sekolah tu ada gak masanya dia dah siap leh lah rehat,tapi kat umah nie x pernak abissssssssss...
samapai peranakkan Kk pun sakit n turun tau buat keja umah banyak sangat, n angkat berat.
Mata KK plak x suka tengok bersepah mulalah, xpenah hirau keadaan diri yang x berapa sihat.
sejak bersalin anak ke 2 secara forsecp' dan keguguran kena cuci ,vakum lagi masalah rahim jatuh@ orang melayu cakap peranakkan turun kebawah,puas gak mengurut n jumpa doktor tapi x jugak baik...hati ini nak buat keja macam sekuat dulu tapi tak sedar keupayaan diri sendiri.
Semua jenis men,meng,KK nak buat,macam super MAMA"....

Beginilah kehidupan tiba masa keupayaan dan kudrat kita akan mula merosot.jadi kita kenalah jaga kesihatan kita sebaik mungkin, tiada siapa yang boleh jaga kesihatan kita kan? ''
MENCEGAH LEBIH BAIK DARI MERAWAT ''
Jom cuci mata tengok umah KK yang tak berapa nak indah nie...
Sebenarnya hobi KK memenag mendeco umah,tapi deco nie nak poket tebal :) tunggu poket tebal plak..



Wednesday 1 June 2011

BUDAK BARU BELAJAR

CUTI SEKOLAH PERTENGAHAN PENGGAL-2011

Bosan tahap "aper2la"
so tergeraklah hati untuk memuding'  untuk pengetahuan semua KK ni memang anti dengan masakan manisan"
hancur pernah buat TAPI HARAM nak jadi... masuk tong sampah,
itu dululah tapi skang dh mula berjinak2 balik, gatai jugak tangan ni nak mencuba +2 lagi kt alam maya banyak betul resepi, taip jer nak masak apa, semua keluar itu yang membakar semangat untuk masak tambah pulak anak2 memang kaki makan.
Tengok lam kabinet ada stok tuk KK wat "CUSTARD ROTI GARDENIA" apa lagi teruskan usaha anda untuk mengcustard' ikutlah resepi yg ader dlm internet ni.

TArrAAaaaa.............
testing nie...

 " BEAF StEAK ALA2 KK"

Makanan kegemaran keluarga ku


~Tawaran sambung belajar~

20 Mei yang lalu tawaran sambung belajar PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU ambilan jun 2011 KK terima melalui online- ermm alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan untuk sambung belajar dan dipermudahkan-syukur tak terhingga. umur KK 30 tahun mulalah episod baru dalam hidup KK yang sudah hampir 10 tahun tinggalkan alam belajar, MAMPUKAH?..'hendak seribu daya' "tak nak seribu dalih"..."usaha tangga kejayaan" "dimana ada kemahuan disitu ada jalannya" insyallah akan KK teruskan perjuangan demi masa depan KK keluarga dan kerjaya .

Dengar keluhan rakan2 yang lain yang sama2 belajar (mereka hanya awal 3 bulan dr KK)
  • pening
  • tak tahu nak buat yang mana satu
  • exam susah
  • kelas jauh
  • penat  
Bagi KK kesimpulannya mudah "mana ada belajar itu mudah". Mestinya pelbagai rintangan akan kita tempuh dan harungi. So kita jugalah tetapkan bagaimana untuk menyelesaikan segala urusan agar ianya teratur, tersusun, kalau kita kata ianya susah, penat, berserabut maka jadilah ia sedemikian so positifkanlah diri kita ke arah kebaikan.

Mungkin KK sekarang berani cakap sedemikian sebab KK belum mula sesi kuliah, tutoril, assigment exam, hal- hal sekolah dan keluarga, tapi tidak salah kiranya kita tanamkan semangat dan keyakinan dalam diri dan jiwa kita agar segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA..insyallah.

Dalam masa 2 minggu iaitu 20 mei hingga tarikh lapor diri 11 jun KK kena persiapkan segala dokumen untuk pendaftaran nanti,setakat ni alhamdullillah tinggal beberapa perkara yang belum selesai mungkin paling lewat minggu depan KK akan siapkan.insyallah-

"Suami ku Mohd Izwan juga selaku kawan, teman yang terbaik dalam hidup aku,dia juga banyak memberi bantuan, sokongan dan semangat untuk aku sambung belajar alhamdulillah dia memahami semoga dia dapat memahami keadaan isterinya ini sehingga akhir pengajian aku pada tahun 2015."


Ya Allah swt, KK tahu Kau akan sentiasa bersama hambamu yang lemah ini, berikalah aku kekutan dan sokongan dari insan sekeliling.amin




~SUMBER INSPIRASIKU~