bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Tuesday 29 May 2012

Baby cot atau Bouncher baby






Tetiba plak KK rasa dilema wat pilihan,bukanya apa xnak beli barang yang membazir, pengalaman lepas baby langsung taknak dok dalam baby cot, dah bagi kat akak KK..sedih gak sekali tengok baby cot yang KK bagi tu jadi tempat dia simpan barang,x berfungsi...( macam tak di hargai)
nak mintak balik dah macam x sempurna.
    Lani plak dok berkenan dengan Bouncher macam berfungsi jer, baby leh tido ala2buaian dalam tu,leh bawa g mana2..banyak gak fungsinya,kalau beli yang mahal skit leh jadikan kerusi tuk bb makan nanti,kerusi duduk.tapi yang banyak fungsi modal besar tapi berbaloi..tulah hati nie dah macam berubah tak belilah baby cot, belikan bouncher jer x payah modal besar, nanti baby cot tu leceh nak kena beli tilamnya,fitting bed dan assesori lain...
Entahlah...tapi my hubby said if ader yang murah2 belilah..umah kita muat lagi... adoiyai...yang penting KK nak gak Bouncher tu..best tengok bb lam tu... xpelah baby dapat satu cukuplah kan.. insyallah kalau mama di beri rezeki lebih...



Nursery Time Bouncy Cradle Red Kite Wholesale
Ngintai-ngintai kat google, berkenan jgk KK ngan Bouncher nie,nampak comel dengan corak belang-belang ,harganya pun murah RM100. http://kualalumpurcity.olx.com.my/nursery-time-bouncy-cradle-red-kite-wholesale-iid-336552897




comel kan- tapi ni xbolehlah sampai 2 tahun ke atas...
                                                                             cuci mata and servay dulu...

Tunggu dan lihatlah...:)
 








Monday 28 May 2012

Doa untuk ibu dan anak




 



Doa untuk anak ibu

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.
 
~ duhai anak ku sesungguhnya kau hadir dengan seribu erti, aku di duga untuk mereloh mu...saat dan ketika ini aku hanya mengambarkan waktu ku mendokong mu,melihat matamu, jari jemari mu yang mulus, perasaan tidak sabar semakin hari semakin membuak untuk menatap wajahmu..Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang memuaskan untuk meneruskan kandungan ini,demi baby yang bakal lahir.....

mama+papa+ abg+ kakak+ menanti baby dengan penuh kesabaran....sayang sangat dier...




Saturday 26 May 2012

~ Kau pergi jua ~




Al fatihah buat abang ku yang tersayang-
pemergianmu meninggalkan kenangan yang tak dapat ku lupakan -
( 29/6/1964 - 21/5/2012 )
tabahkanlah hati buat akak ku dan anak-anaknya, semoga sabar dan cekal menghadapi hari mendatang.
sesunggunya Allah lebih menyanyaginya..
hampir setahun mengharungi dan melawan sakit akhirnya kau pergi jua- kaulah insan yang kuat dan tabah-apa yang di beritahu abang hanya mampu bertahan selama 4 bulan dengan penyakit kanser ini namun Allah memberi keputusan yang lain ...alhamdulillah,akak ku tidak pernah tinggalkan abang sesaat pun tetap disisis walaupun saat ketika itu akak ku berada dalam pantang melahirkan anak ke 6nya-tetapi Allah memberi dia kekuatan yang di luar jangkaan-Allahuakbar,rasanya aku tak termampu di duga sedemikian...
 sesungguhnya ku merindu i saat-saat kau menjaga dan mengambil berat tentang diri ini...dialah pengganti ayahku...tempat ku mengadu, tempat menumpang kasih... aku rela dengan pemergian mu-dan dengan doa dari kami sekeluarga agar keau berada dikalangan orang-orang yang beriman... amin- alfatihah...

 dalam kenangan... aBe Se






~Naik pangkat,rezeki baby lagi~



Alhamdulillah Tahun ini adalah tahun yang banyak keadaan yang di harungi duka diselang seli dengan suka,pahit dan manis silih berganti- Apabila kerajaan umumkan kenaikan pangkat kepada 24000 orang guru, KK adalah salah sorang daripada insan yang bertuah tu,apabila dapat hebahan daripada kawan-kawan KK terus menyemak secara online kelayakan KK- tahun 2012 adalah tahun ke 10 KK berkhidmat sebagai seorang guru-alhamdulillah kenaikan pangkat dipercepatkan masanya-kalau ikut sistem dulu tahun nie barulah KK isi borang kenaikan pangkat dan tahun depan KK akan dapat kenaikan gaji baru... tapi rezeki tu ada di mana-mana dan percayalah Allah akan lakukan apa sahaja dan kita sebagai umatnya mesti yakin kebesaranya...
Itulah yang dipanggil rezeki datang dan pergi adalah ketentuanya...dapat bb, belaja, gaji, semua itu kuasa tuhan .Kita sebagai umatnya haruslah berSYUKUR dengan apa yang diberikan..ALHAMDULILLAH...



nilah dier keputusan di online- mood sukernyer dalam hati...
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan kenaikan pangkat tuan/puan adalah seperti berikut:
 
Nama : NOORAIZAH BINTI AB RAZAK
No. Kad Pengenalan :
Urusan Kenaikan Pangkat: TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN
Tarikh Lembaga Bersidang*: 23.04.2012
Gred : DGA29 KE DGA32
Status : BERJAYA
Tarikh Kenaikan Pangkat : 07.01.2012
Tarikh MuatNaik Data* : 16.05.2012