bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Monday, 28 May 2012

Doa untuk ibu dan anak




 



Doa untuk anak ibu

"Ya Allah peliharalah anakku selama ia berada di dalam perutku, dan sihatkanlah dia, Engkaulah yang menyembuhkan, tidak ada penyembuhan selain penyembuhan Mu, Penyembuhan yang tidak meninggalkan penyakit. Ya Allah rupakanlah atau bentukkanlah dia yang ada diperut ku dengan rupa yang baik, dan tetapkanlah ke dalam hatinya iman kepada Engkau dan kepada Rasul-Mu.

Ya Allah, keluarkanlah dia dari perutku dengan mudah dan selamat. Ya Allah jadikanlah dia sihat yang sempurna berakal dan pandai, alim dan beramal. Ya Allah panjangkanlah umurnya sihatkanlah badannya, dan baikkanlah akhlaknya, fasihkanlah lisannya, baguskanlah suaranya untuk membaca Al-Quran dan hadis dengan berkat Nabi Muhammad SAW, dan segala puji bagi Allah Tuhan semesta alam". Ameen.
 
~ duhai anak ku sesungguhnya kau hadir dengan seribu erti, aku di duga untuk mereloh mu...saat dan ketika ini aku hanya mengambarkan waktu ku mendokong mu,melihat matamu, jari jemari mu yang mulus, perasaan tidak sabar semakin hari semakin membuak untuk menatap wajahmu..Alhamdulillah aku diberikan kesihatan yang memuaskan untuk meneruskan kandungan ini,demi baby yang bakal lahir.....

mama+papa+ abg+ kakak+ menanti baby dengan penuh kesabaran....sayang sangat dier...




Saturday, 26 May 2012

~ Kau pergi jua ~




Al fatihah buat abang ku yang tersayang-
pemergianmu meninggalkan kenangan yang tak dapat ku lupakan -
( 29/6/1964 - 21/5/2012 )
tabahkanlah hati buat akak ku dan anak-anaknya, semoga sabar dan cekal menghadapi hari mendatang.
sesunggunya Allah lebih menyanyaginya..
hampir setahun mengharungi dan melawan sakit akhirnya kau pergi jua- kaulah insan yang kuat dan tabah-apa yang di beritahu abang hanya mampu bertahan selama 4 bulan dengan penyakit kanser ini namun Allah memberi keputusan yang lain ...alhamdulillah,akak ku tidak pernah tinggalkan abang sesaat pun tetap disisis walaupun saat ketika itu akak ku berada dalam pantang melahirkan anak ke 6nya-tetapi Allah memberi dia kekuatan yang di luar jangkaan-Allahuakbar,rasanya aku tak termampu di duga sedemikian...
 sesungguhnya ku merindu i saat-saat kau menjaga dan mengambil berat tentang diri ini...dialah pengganti ayahku...tempat ku mengadu, tempat menumpang kasih... aku rela dengan pemergian mu-dan dengan doa dari kami sekeluarga agar keau berada dikalangan orang-orang yang beriman... amin- alfatihah...

 dalam kenangan... aBe Se






~Naik pangkat,rezeki baby lagi~



Alhamdulillah Tahun ini adalah tahun yang banyak keadaan yang di harungi duka diselang seli dengan suka,pahit dan manis silih berganti- Apabila kerajaan umumkan kenaikan pangkat kepada 24000 orang guru, KK adalah salah sorang daripada insan yang bertuah tu,apabila dapat hebahan daripada kawan-kawan KK terus menyemak secara online kelayakan KK- tahun 2012 adalah tahun ke 10 KK berkhidmat sebagai seorang guru-alhamdulillah kenaikan pangkat dipercepatkan masanya-kalau ikut sistem dulu tahun nie barulah KK isi borang kenaikan pangkat dan tahun depan KK akan dapat kenaikan gaji baru... tapi rezeki tu ada di mana-mana dan percayalah Allah akan lakukan apa sahaja dan kita sebagai umatnya mesti yakin kebesaranya...
Itulah yang dipanggil rezeki datang dan pergi adalah ketentuanya...dapat bb, belaja, gaji, semua itu kuasa tuhan .Kita sebagai umatnya haruslah berSYUKUR dengan apa yang diberikan..ALHAMDULILLAH...



nilah dier keputusan di online- mood sukernyer dalam hati...
Adalah dimaklumkan bahawa keputusan kenaikan pangkat tuan/puan adalah seperti berikut:
 
Nama : NOORAIZAH BINTI AB RAZAK
No. Kad Pengenalan :
Urusan Kenaikan Pangkat: TIME BASED BERASASKAN KECEMERLANGAN
Tarikh Lembaga Bersidang*: 23.04.2012
Gred : DGA29 KE DGA32
Status : BERJAYA
Tarikh Kenaikan Pangkat : 07.01.2012
Tarikh MuatNaik Data* : 16.05.2012






Sunday, 29 April 2012

~ Rezeki lil baby~

Setelah diselongkar barang dan baju lama2 abg dan adiek, dibelek, dipilih2..akhirnya barang seperti lapik, sarung bantal, blanket, topi, bip, sarung tangan n kaki, serta baju2 rupanya masih elok sangat lagi, nampak baru pun ada, macam ada 1 baju tu mcm x penah dipakai pun, alah membeli menang memakai, branded dr DISNEY, ANAKKU,PONEY,PETER RABBIT!BABY KIKO! KIKILALA! memang x dapat nafikan kualitinya, berbanding lain2 branded... jelas sekali, bila dimpan hampir 8 tahun sekalipun ianya tetap nmpak baru... aksoseri lain semua dkeluarkan, di basuh di jemur dan disimpan siap2, alhamdulillah siap sudah sebahagian, banyak gak rupanya brg2 yang diasingkan dr bg org adalah brg2 yang mmg ada harga, tgk dia punya kualiti...itu yang puas hati beli mahal skit pun xpe...
so skang my next baby plak merasa, xsah beli lah dulu dah cukuplh nie...
 nak tgk hasil berhempas pulas mengeladah brg antik ank2 kk dulu...





Saturday, 28 April 2012

PERSIAPAN LIL BABY PART 2~ 28/4/12

Seperti yang dirancang KK nak gak share persiapan kk tuk lil baby ~ ikutkan ni kali ke4 kk menyoping brg bb dgn secara ansur2lh...semua yang dibeli ikut perancangan kewangan dan masa yang dirancang awal...

awalnya nk g sorang jer kt pekan banting tu nyoping,tp hubby x bagi..KK ,maklumlh kesihatan KK x digalakkan sesorang2..
1st singgah butik anakku...huh xade sgt benda2 yang ada dalam list, n xada offer aper pun,pilihan pun xbanyak..muka frust...

Terus KK plan g pasaraya,banyak sgt pilihan,KK yang kena rancang pembelian,perbelanjaan dengan baik, jgn over budget ek...

alhamdulillah ,semua yang dirancang ikut budget yang dibuat..
eja+shopping+sonok,
lagipun dah lama x beli brg baby, 
apa taknya, sampai je umah terus jer belek barang baby..ahak bestnya..comel sangat..
jom layan mata barang baby part 2..




Tarraa inilah brg baby yang KK rembat hari ini.


Rompers Anakku sommel sangat...

another pilihan baju

bertambah lagi koleksi- hampir penuh box...

bakul kelengkapan lain+ termos+botol air,prepare kat hosp.nanti..

- 29/4/2012 KK dah mula membasuh pakaian bb ,pas beli dia nyer loundry- hmm dh banyak tu..stop beli lah-just nak beli pempers, wet tissue, casing pillow+bolster n bedung jer.. lain2 done.. tunggu hubby belikan katil...

Friday, 27 April 2012

barang my lil baby part 1

Lil bby dh masuk 22 minggu~ kk stil prob ngan uri bwh....rahim pun memang rendah~ tapi alhamdulillah setakat ni  tak ada yang membimbangkan, cuma kk xleh berdiri lama,berjalan jauh, angkat berat...al kisahnya kk akan rasa sakit sngt bhgian ari2...dan kk akan rasa kejang,penat dan nak pitam
..so elakanlh keadaan berikut..dipendekan citer kk kena bijak mrancang dgn mengambil kira keadaan fizikal kk...apa yang kk fikirkn perlu skang adalah persiapan kelengkapan barang2 bby...kk terpaksa sediakan awal takleh tunggu 7@8 bulan~ parah dah keadaan masa tu..kk xsanggup nk berjln dah..dah berat kaki ni nk melngkah,nak xnak kk kena wat persiapan awal, tp persiapanpun rasanya yang wajib2 dululah...dah bincang ngn hubby dia no hal,sbb dia mmg serender bahagian pilih - memilih...t hal raya lagi...kenalh seatlekan satu2 xnak semua serentak, naik pening n tak larat nnti..

 nie lah belian brg bby yang sempat kk cr kt jj butik WOC & ANAKKU~+ rompers kirim kwn belikan kt GM KLang.
bakul kain,tab mandian bby n box (box  yang dah sedia ada)

esok nk g cari barang bby lagi..sbb tuk bulan nie dan bulan depan kk dah book budget tuk beli brg bby..


nanti kk tepek lg brg2 belian tuk my lil bby...

mama preggy 21 weeks+... tgk separuh jerlh...perut nanti yer ,seksi...;

Wednesday, 4 April 2012

Intai Liltle baby_ 18 minggu 3days

Kali ni intai bb teruja skit bawa semua papa,adiek,abang tuk tgk aper bb wat...mula-mula tujuan g scan sebab x puas hati scan kat gov. hari tu dia x explain dengan jelas masalah yang KK hadapi, ermm masalah uri bawah.mahu x risau KK banyak membuat bacaan dlam alam maya nak tgk apa yang di maksudkan low lying,
so KK ambik keputusan nak g jumpa n scan kt swasta n tgk keadaan bb sepuas-puasnya sama ngan hubby n anak2...xcited nya bila tgk bb-yang paling best masa scan bb kat dalam tido dalam keadaan bersujud tau. tinggi jer bontotnya-so cute-mula2 x faham macamana kedudukan bb nie,rupa2nya tidur bersujud,macam tertonggeng,teruja sangat,hubby pun xcited tgk sambil tersenyum,abg n adiek x teruja sangat sebab diaorang x paham macamana keeadaan bb..
kedaan uri plak setakat nie memang ada dibawah dan ada yang dah naik atas sikit,so far doc ckp jgn risau sangat kemungkinan besar uri akan naik before 24 minggu...so nanti scan masa kandungan 7 bulan plak..oklah puas hati dengan penerangan doc yang panjang lebar-sempat doc ukur kaki bb eyy comel sangat..ya Allah perasaan tak sabar nak jumpa bb nie mebuak-buak... lama doc godek2 akhirnya my lil bb wake up subhanallah start moving n tukar kedudukan n posisi dia...alalala..bebasnya my lil bb kat dalam perut mama...so KK skng tawakal dan berdoa sepenuhnya untuk bb dan kandungan agar keadaan yang normal kembali dan akhiri cerita KK dengan kegembiraan buat KK dan my small family.