bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Friday 26 August 2011

~Bila keimanan tiada di hati~

                      Manusia akan di kuasai oleh syaitan dan nafsu bila tiada keimanan yang utuh dijiwa, Allah berikan kita akal fikiran untuk memikirkan mana yang baik, mana yang patut untuk kita membuat pilihan dan bertindak. Ya Allah kau jadikan lah manusia yang penuh nafsu baran ini kesabaran dan ketenangan jiwa dia agar menerima keimanan mu Ya Allah.Iman yang cekal akan membimbing kita ke arah kebaikan..
Mengapa perlu besikap sedemikian? hrmmm jangan jadi sebagai binatang yang bertindak tanpa menggunakan akal.mana sikap malu pun mana sabarmu,mengapa ceteknya fikiran!!!!!
               Mana hormatmu, mana perikemanusiaanmu mana akalmu mana fikiran mu ???kawallah emosi mu wahai umat Allah yang seharusnya bersikap sabar.
Sedih akan sikap yang sedemikian yang kau pilih??? sakitnya hati ini ,bencinya pada manusia sebegini hanya tuhan yang tahu.tidak pernah berubah.
           kurang pedoman hidup yang membuatkan manusia besikap seperti syaitan!
Astagfirullah hal azim.. kuatkan hati ini untuk berdepan dengan manusia ini.
ya Allah yang tuhan ku Kau berikanlah hidayah dan pertunjuk pada manusia yang bernafsukan syaitan ini.  amin...

Wednesday 24 August 2011

~ 7 likur di Astana KK~

Hari demi hari berlalu di bulan ramadhan tanpa kita sedari Ramadhan bakal berakhir..sayu pulak rasanya...
Sungguh mulia di bulan Ramadhan kali ini..bertuah rasanya di kelilingi oleh orang2 yang disayangi.thanks Allah..
Malam Lailatulqadar pun kita akan sama2 nikmati di mana malam seribu makna segala doa insyallah akan dimakbulkan,sebagai umat islam marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan keluarga kita dan juga umat kita.

Ummah diminta pertingkat ibadat 10 malam terakhir Ramadan untuk ganjaran berganda

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:
Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).
Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Suasana rumah KK dengan cahaya pelita, dan kegembiraan anak2 (Dany n Dariessha ) bermain bunga api...

Tuesday 16 August 2011

mood raye part 2

Baju raya my gal - mama sopingkan... hah last dia yang paling banyak n RM pun banyaklah habis tuk baju gal- serius KK ckp memang leceh nak cr baju gal. KK kurang minat dngan gaun tuk gal,terlampau faminin-maaflah sayang mama bukan mak bunga sangat-tp terpengaruh juga -ade 2 pasang gaun tapi memang x berkenan-nak kena bagi orang lah nampak gayanya.lebih gemar pada t.shirt lengan panjang with soft jean @ skirt jean...
moh layan mata-


baju raya my gal

purple,simple but nice 4 her

blouse n short skirt kiko
lebih sepuluh pasang baju raya dariessha fuhhh..

suka baju nie nampak comel with skirt

dress ala2 pongpong gal

sweet colour

pinky wth jean

zoom

coklat like sgt
sama ngan abang baju bola England

masa untuk kemas- cuci n nantikan hari raya tuk dipakai hik-mama x sabar










 # belum settle :
kasut
beg kecil
topi
jam 
next week lah..
 =)







~mood Rayer~

Karl Daniel Hariss & Nur Kyra Darieshha its your time to buy baju rayer...

pastikan poket tebal tuk melayan soping bju anak2 yang lebih n lebih mahal bajunya dari mama n papa..
So KK n hubby cam biasalah mencari baju rayer memandangkan sudah 15 hari berpuasa tinggal 2 minggu lagi nak rayer..takut xsempat, so KK n hbby cam biasa soping di tempat yg every year kami soping. 1st JJ bukit raja-settle bju untuk my son tp bju melayu lom dapat..moh tgk hasil KK memilih..

hermmm beli yang tgh sale-7 helai t-shirt      



                                                         long pant 1,short pant 3-cukuplah kut..
bg KK bju tuk boy lagi senang di cari.

santai

england koler t-shirt

hip hop -danny suka sebab ader topi.paling mahal t-shirt ni.

kikilala set ermm RM*** sepasang

ranggi stail

sempoi stail =)

skima skit

nie bila dah nak kemas-


tu bahagian dany yang still x lengkap-ermm lom lagi asesori lain- songkok, jam, topi n samping,stokin dh beli ari tu kat WOC, RM lagilah nie

~Juadah berbuka part 2~

Salam, adoi janji pada diri nk layan blog hari2 n nk tepek menu juadah-ermm namun kita hanya merancang .masa terlalu cemburukan KK tuk melayan blog setiap hari..dn sesungguhnya KK x ingt dh juadah yg KK buat tuk hidangan berbuka KK tp KK tetap ambik pic cuma xsmpt nak tepek jer..
jom lah-layan menu KK skit lg pas nie dah nak citer sal persiapan rayer plak..hmm...


Add caption

4 jenis menu nie tuk hari 8 puasa
i. kerabu mangga
ii.kari daging
iii.sambal tempe
iv. kerabu perut
(kerabu memang feberet KK n Hubby

 menu KK tuk puasa ke 9 simple2 jer
i. ikan kembung goreng garing


Add caption
 sambal tempe + ikan bilis kering gak..(dah jadi anak jawa lah plak KK nie..) hihihihi

satu lagi menu ari tu x silap daging masak singgang lupa nak snap..








Yang nie plak menu berbuka hari ke 10.
simple makin simple...
i. menu semua org leh buat telor dadar..
Yang nie Gulai Ikan Tongkol













ulam timun
 add Sambal belacan n ikan masin 
lupa nak snap..
Ni plak juadah berbuka hari ke11
ikan siakap bakar berempah- nyummy ,next time leh wt lagi..
Ayam bakar









asam pedas ikan pari








ok itu jer dulu yang sempat KK tepek pas nie nak tepek KK punya biskut raye plak...1 st time KK nak blajar wat biskut rayer..
=)


Friday 5 August 2011

juadah berbuka~

Juadah berbuka puasa sememangnya di nanti-nantikan oleh keluargaku~semangat untuk memasak berkobar-kobar~juadah bebbuka sebelum kul6.30 dah siap terhidang_ mungkin tiada pada rupa tapi ada pada rasa..
seronoknya dapat menyediakan juadah berbuka untuk kuarga yang x sabar2 nak makan.
KK nak share juadah2 berbuka yang dah selama 5 ari ni pasni KK tepek lagi..

Berbuka Hari Pertama

menu
1.Ikan cencaru sumbat
2.ikan bawal sweet sour
3.Ayam berempah
4.Sayur air kobis+sawi+suun+fish kek
(xsempat Snap pic..)

Berbuka hari kedua

1.asam pedas ikan pari








2.daging goreng sos tiram
3.acar timun kelantan
4. kuih beli kat bazar

Menu berbuka hari ke 3
                                                   1.masak lemak telor
2.ikan bakar
3. air asam
Berbuka hari ke -4
1.sambal ikan tongkol
2.ayam bbq madu


3.kentang n bilis goreng


berbuka hari kelima x sempat nak snap
menu
1.sambal bilis
2.ikan selar goreng tepung
3.ayam berempah
4.telor dadar special

hari ini apa pulak....????

walaupun penat menyediakan juadah tetapi kepuasan bila suami dan anak-anak bertambah-tambah nasi,dan anak2 sibuk cakap sedap lah.. =) senyum lah KK esok2 akan masak yang best2 lagi
ader menu2 kuih yang KK buat tuk berbuka tapi biasalah bukan sepenuh masa nak pegang kamera.
Buat pengetahuan KK sekeluarga x boleh makan seafood so xaderlah menu seafood..kekadang bosan n teringin juga nak masak udang, ketam,m lala tapi semua dalam umah KK alah pada makanan seafood termasuk KK =(

Kalau rajin KK tepek pic menu berbuka KK tapi tanpa resepi lah yer..