bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Wednesday 24 August 2011

~ 7 likur di Astana KK~

Hari demi hari berlalu di bulan ramadhan tanpa kita sedari Ramadhan bakal berakhir..sayu pulak rasanya...
Sungguh mulia di bulan Ramadhan kali ini..bertuah rasanya di kelilingi oleh orang2 yang disayangi.thanks Allah..
Malam Lailatulqadar pun kita akan sama2 nikmati di mana malam seribu makna segala doa insyallah akan dimakbulkan,sebagai umat islam marilah kita sama2 mendoakan kesejahteraan keluarga kita dan juga umat kita.

Ummah diminta pertingkat ibadat 10 malam terakhir Ramadan untuk ganjaran berganda

ADA satu malam rahsia yang amat istimewa pada Ramadan tetapi waktu sebenar berlakunya malam itu dirahsiakan Allah SWT daripada pengetahuan manusia.
Pada malam itu, ribuan malaikat bersiap sedia menunggu untuk mengangkat ibadat hamba Allah yang beribadat dengan penuh keimanan dan ketakwaan, dari alam dunia ke langit.
Malaikat Jibril bersama malaikat lain turun ke bumi untuk mendoakan setiap manusia yang beribadat, berzikir dan berdoa kepada Allah SWT pada malam itu dan Allah menyatakan kepada malaikat bahawa doa yang dipohon kepada-Nya ketika itu akan dimakbulkan.
Lebih istimewa adalah ibadat seorang hamba Allah pada malam itu digandakan sehingga menyamai nilai ibadat yang dilakukan selama 1,000 bulan atau selama 83 tahun empat bulan seperti firman-Nya:
Malam lailatul qadar lebih baik daripada seribu bulan,” (al-Qadr, ayat ketiga).
Pada malam lailatul qadar itu juga, Allah memberikan nilai keampunan yang terlalu tinggi untuk hamba-Nya yang beribadat seperti sabda Rasulullah SAW:
Barang siapa menunaikan ibadat pada malam al-Qadr dengan penuh keimanan dan pengharapan, Allah akan mengampunkan segala dosa yang sudah dilakukannya.” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).

Suasana rumah KK dengan cahaya pelita, dan kegembiraan anak2 (Dany n Dariessha ) bermain bunga api...

No comments:

Post a Comment