bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Wednesday, 16 December 2015

Ambik Jubah MAEP SERDANG..

Tentatif untuk ambik jubah konvokesyen adalah sehari sebelum konvo iaitu pada 10.12.15..masa 10 pagi - 1.00 tgh hari ..
Bkn ambik.jubah jer dengar taklinat konvo sekali..

KK g lah ngan mr hubby n anak2
Gerak dalam kul 8.30.am...
Penuhnyer org..hmmm..dengan belum sarapan..
Nasib kat MAEP tu mmg bukak gerai mbeli belah macam2 adooo...sampai2 dah kul 9.45 pagi..
So KK ader masa lebih kurang 15 minit untuk sarapan namun selera nak makan tu hilang dengan perasaan entah aper2lah..slalu gni..masuk angin br tau..so ikut sgt hati..KK tinggallah ank2 n mr hubby kt hall tetamu dan waris..dengan org yg penuh...

Terus ke dewan C untuk sesi taklimat konvokesyen..
Opcos lah mmg dah date ngn kawan2 satu kelas yg spoting yg amat...so we all together again..♡♡♡

Selesai taklimat kami mula beratur ambik jubah
.KK Ambik saiz M ngam2 lah...ermm
Settle urusan kami dimaklumkan topi plak tak ckp kna tunggu graduan selesai.sesi konvokesyen diaorang..so...wait..

Anak n hubby dah mula xselesa menunggu KK
Nasib baik x lama lh menunggu nk ambik topi.. dh dpt KK terus gerak ke taman botani putrajaya plk untuk sesi photo shoot by group Kelas Kk..
Tong2.. RM350 .. kongsi lh 10 org so sorang byr rm35 untu 230 keping pic by soft copy..
Ok x? Tuk kenang2an.. dan tuk tatapan ank2  di masa2 akan dtg...

Photo shoot berakhir kul 3.30 ptg..sbb ari nk hujan..
Pas tu KK berkejar ke s.alam ambik kakak KK dtg dr kuantan sbb nk tgk adik ksygn dia konvo esok..yihaaa...
I'm so happy...
Perasaan KK xdpt KK gambarkn untuk ari esok..
Mcm pengantin pon yer..hihihihihi...t KK sambung kisah konvo di Maep esok plak yer..
Jamu mata skit..

Taklimat konvo...piss..:)

Sebelum sesi photo shoot..manja2 ngan mr hubby dulu..hihihi

Pose lg..dgn jubah yg br dipinjam td

Antaranya pic photo shoot btw pic ni hubby yg snap .sebab hubby nk backup.. yg dr kameraman tu dl cd..lmbt leh upload hihihi..kami ben 10..



Sunday, 18 October 2015

Alphard Untuk Di sewa

Inginkn MPV untuk melancarkan perjalanan anda ..
Mewah dan sangat berpatutan..Jaminan MPV terbaik,mantap dan insyaAllah kepuasan anda keutamaan kami..

TOYOTA ALPHARD 3.0 dengan 7 seaters mmg amat selesa dan mantap..

Kenderaan kedua untuk disewa juga MYVI 1.3 (M)
juga antara rate sewa termurah..
Jangan lupa KK sediakan juga hadiah istimewa pada penyewa..

Ermm ape tunggu lagi..leh contact no 012-3509153 Karl.. ( hubby KK)..
Ops lupa..area yg berhampiran adalah..Sepang, Shah Alam, Klang dan Banting..org K.L pon boleh jer..  :)




Sunday, 4 October 2015

Blog yang berhabuk .. bersarang sudah..●●

Hampir lebih 2 tahun blog ni terbiar dan terus terbiar...huh..

Amat sukar untuk KK menulis diruangan kecil ini..tapi hati tetap terdetik untuk

Menyapu semula habuk2 dan sarang2 yang ada kat blog Sinarku KarlKyra ni..

KK dah tak tahu nk mula dari mana..

Mungkin flash back kisah2 yang berlaku selama 3 tahun Kk tinggalkan blog ini...

Pahit manis Kk lalui dengan redha..

Cabaran dan dugaan amat menguji semnjak 2 dan

3 tahun kebelakangan ini..

2012 - kelahiran putera KK yang ada Kk selitkan dalam blog2 terakhir KK skng ni dah pon 3 tahun 1 bulan dah besar...tp KK x akan lupa kisah kndungan KK sebelum ini..mak2 kan..pglaman bersalin lah perkara yg xakan kita lupakan walaupun ank sepuluh atau dh lama x bersalin ianya ttp mnjadi kenangan dan pglaman yang berbeza yg xdpt dilupakan..bohonglah seorang ibu lupa akan pgalaman bersalin..rata2 kawan2, makcik2 akn selalu bkk topik pglaman bersalin masing2...hihihihi..indah kan..?


Perkara kedua dalam tempoh KK belajar futher study yang masih lagi KK ikuti masa tu 2011-2015

Tp skng dah MERDEKA...HIHIHI :)

Kisah Kk dlm alam kerjaya sbg seorang guru pula berubah pada 2013, selepas cuti ptghan penggal KK Dikejutkan dgn perkhabaran KK dpt surat pertukaran setara ke SK Morib... Ya Rabb...

Jauhnye..dr 10 minit..bertukar 45 minit perjalan ke tmpat kerja ermmm satu perkara yang xdapat KK terima pada awalnya...

Akhirnya Dgn semangat drpd suami KK gagahkan jua bertukar ke sekolah baru..dengan azam baru.

InsyaAllah sglnya dipermudahkan..

X rock lah kalau x der risiko..leh praktikan pemanduan hari2..hihihi...


Perkara ketiga mak mertua di sahkan Kanser payu dara stage 2...

Mak.mertua terpaksa buang satu breast untuk menjamin dia bebas kanser..alhamdulillah.setelah melalui pembedahan ..kimoterapi..radioterapi mak kembali sihat alhamdulillah..KK sentiasa mengikuti perkmbangan mama..mama seorang yang kuat..kuat mengatasi dugaan dari Allah..itulah yang Allah bagitau kita semua..Dia akan uji hambanya nya mengikut kemampuan.. kalau lah KK ..Allahuakbar...


Perkara keempat

Kisah sedih terjadi apabila abang iparku..yang ku anggap ayah telah pergi buat selama-lmanya pada Mac 2012.. abang meninggal kerana jangkitan kuman pada bhagian hati dan ketumbuha  pada usus..

Amat terkesan... al fatihah.moga roh abg di tempatkan di kalangan orang2 yang beriman..


Selang 2 tahun setengah arwah abang pergi, pada bln september 2014 isterinya iaitu akak kk sendiri di sahkan mengidap kanser usus besar prgkt 3@4..

Subhanallah...Ya Allah bertimpa ujian dan dugaan  dari Allah...

Sayu hati..sedih..pilu...xdapat ku terima ujian itu..tambah2 lagi akak ku bkn org2 senang..

Anaknya 6 orang yg sulung OKU..yang kecil masa tu baru 2 tahun..Allahuakbar...

Dan pada 23 Julai 2015 bersamaan 7 syawal akak telah pergi buat selama2nya..

Insan yang amat tabah..

KK HILANG TEMPAT KK MENGADU DAN BERMANJA..

akk lah yang jaga kk setelah arwah mak pergi dulu..

Kk mmg antara yang meratapi pemergian akak..sbb di sebalik kesakitan yg ditanggung kk lah tmpatnya bercerita.. dan meluahkan segala perasaan..

Allah syangkan akk lebih dr KK...


Cerita Kk yang seterusnya..

Pada akhir 2013 KK dikhabarkan tetang adik ipar sakit..berubat dan berubat..akhirnya kisahnya berakhir dengan dia di sahkan mengidap kanser payu dara dan.kanser rahim peringkat 4..mmg xdapat bayangkan sakit yang ditanggung  oleh adik ipar..saat akhir kimo hendak dijalankan pada bulan puasa 2014 adik ipar Kk mula menunjukkan kesihatan yang menurun..walaupun sblm tu dia ingin sihat dan terus kan hidup dengan ank2 kecilnya dan rumah barunya.. namun tuhan menetukan segalanya..20 Ramadahan 2014 adik ipar kk telah pergi buat selama2nya bersamaan hri jumaat..

AL FATIHAH..


masih lagi cerita tentang kematian


28hb Jun 2015 KK dikejutkan mengenai kemalangan yang berlku menimpa anak buah KK ..dia cedera teruk...dan juga dijemput oleh Allah swt pada keesokan harinya iaitu 29 Jun 2015..

Al fatihah..arwah pada masa itu berumur 18 tahun.

Selang hampir sebulan sebelum dengan arwah kakak KK meninggal..


YA ALLAH DUGAAN DARI MU ITU TELAH PUN TERTULIS..

TELAH PUN TERCATAT..

KEREDHAAN  DENGAN KETENTUAN DARINYA HARUS DI SEMAT..WALAUPUN PERIT..


Banyak kisah..banyak perkara yang berlaku dalam masa kk meninggalkan blog ini..


InsyaAllah kk cuba entry kan byk lagi perkara ya g kk boleh kongsikan bersama..


Semoga roh2 insan yang tersayang ini di tempatkan dikalangan orang2 yang beriman...amin..al fatihah..


Tuesday, 14 May 2013

sejarah olahraga



SEJARAH OLAHRAGA


Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan.Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics)  yang dapat merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.Olahraga juga dikenali sebagai acara balapan dan padang.


A1     Sejarah Olahraga Di Malaysia

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932,  Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang  Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.   



A2     Sejarah olahraga antarabangsa



Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.Mengikut catatan, Sukan Olimpik kuno bermula tahun 776 S.M di Greece.Mengikut The Encyclopediaof Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik  656 S.M.

Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata.

Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama  itu  sebanyak  295 atlit telah menyertainya.

            Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh  memberi  peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

            Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812.Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850 di Oxford University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England.

            Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-acara olahraga.  Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro.Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika masih belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah.Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.

            Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1912.Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.Selepas itu semua negaraboleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini.Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini.Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod ataukejayaan yang dicapai oleh atlit.Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitandengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.

            Dalam menjaminkejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri,  kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928.

            Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik. Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupunamat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan. 


Thursday, 22 November 2012

raye 2012

Alhamdulillah di beri olehnye kesihatan untuk KK berhari raya dalam keadaan yang sarat maklumlah dah tunggu hari tuk meletup..genaplah kandungan KK 38 pada hari raya pertama (1 Syawal )
huh dah xlarat bawa tummy yang makin membesar..kandungan KK nampak sangat besar mungkin sebab KK selalu sangat minum ais masa berbuka..maunyer x..godaan tul...
 Dalam keadaan beringat,berjaga-jaga dan berhati-hati KK menjalankan juga tugas sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak dan isteri kepada suamiku..

KK tetap gak g beraya -balik kampung belah suami kat Tanjung Karang..sebab rasa seronok nak menikmati juadah hari raya sebelum KK bersalin n berada dalam pantang nanti...hihihi sempat makan semua alhamdulillah...suke sangat...

 my notty son sonok kutip duit raye..my douter plak asyik nak bergaya jerlah dengan rambut yang terpaksa dipotong pendek...ermmm...

Dah penat beraya KK rasalah berat sangat bahagian perut macam bb dah menekan sangat...cuak gak blik umah mother in law, keluar lendir banyak sangat hope xderlah bercampur ngan darah...dah tanda tu...

kerisauan berakhir, baby ku bukan bb 1 Syawal,
small family-berempat n becaming berlima..
gedikz mak buyung dalam jem hari raye...
preggyb 38 weeks...

Monday, 19 November 2012

BERHABUK SUDAH...

lamanyer x memblogkn diri hampir 4 bulan blog ku bersarang..hihuhuhu...masa n ketika x mengizin kn KK tuk membelek blog KK...cerita pun dh bnyak nk distorykn huh mana nk mula nie...yg pasti KK dah berlima skng nie...alhamdulillah..dah dpt bb...t nk story ek...skng intepreme lu....bnyk habuk KK kena bersihkn..bg cntik skit..dan sempena tahun baru, hijrah itu perjuangn....ok t kk conteng2 lg...

Wednesday, 8 August 2012

Tak sabar nak jumpa my little stronger & cute baby

36 Minggu 4 hari sudah....

         Kandungan KK dah membesar sihat, alhamdulillah dikurniakan olehNYA kesihatan...
semalam KK ke klinik cheak up seperti biasa...apa yang teruja masalah HB ok.dr 10.9 turun 10.2 semalam dah naik 11.2 kira oklah, bulan puasa memang kurang minum air tapi alhamdulillah kencing kotor pun dah tak ader, hampir 5 bulan KK berdepan dengan masalah kencing kotor yang tak teruk lah... berat badan 2 minggu lepas turun 3 kg, semalam naik 500g kira naik lah...layan lah...

         Apa yang pasti skang juga KK memang tak sabar nak jumpa lil baby yang comel nie...tapi dilema yang KK hadapi plak nak soh bby hold dulu ..KK nak raya n bb dok lam tummy mama dulu tau..._ tulah ayat tiap2 malam ngan baby... hihihi...bagi can mama makan rendang n lemang dulu...

        Persediaan untuk sambut baby dah kira cukuplah tu... yang kurang tu tutup2 matalah..

sal raya tahun nie simple n bese2 jer...apa yang perlu dan yang penting jerlah...

 Oklah KK stop story dulu, esok KK kena jumpa Doc pakar kat hospital t story apa respond doktor sal KK... bye..

      layan pic baby nak ?? ihsan dr google... suke tengok... :)

                                                      


















so cute baby2 semua nie...... muahhh muahhh muah... geram nyer....