bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Tuesday, 14 May 2013

sejarah olahraga



SEJARAH OLAHRAGA


Tahukah anda bahawa olahraga merangkumi beberapa acara yang berasaskan kepada aktiviti fizikal yang bersifat saingan atau perlumbaan.Tarikan yang ada pada acara sukan ini telah melahirkan istilah olahraga (athletics)  yang dapat merangkumi acara berlari, melontar dan melompat.Olahraga juga dikenali sebagai acara balapan dan padang.


A1     Sejarah Olahraga Di Malaysia

Sukan olahraga dipertandingkan secara teratur dan formal pada tahun 1906.Pada tahun itu, Perak Athletics Association (PAA) ditubuhkan di Taiping, Perak, oleh pegawai-pagawai British yang bertugas di Malaya. Kejohanan olahraga yang pertama di Malaysia di adakan pada tahun yang sama di Padang Ipoh. Selama lima puluh tahun kejohanan peringkat kebangsaaan dikelolakan di atas padang rumput dan Padang Ipoh dianggap padang yang terbaik di Malaya.

Pada tahun 1932,  Stadium Bandaraya Pulau Pinang mula dibina, yang menjadikannya stadium yang pertama di negara kita. Walau bagaimanapun trek bitumen hanya wujud pada tahun 1957 di stadium tersebut.

Malaya mengambil bahagian dalam pertandingan olahraga di peringkat antarabangsa pada kali pertama dalam pertandingan Empire’s Games di Cardiff, Great Britain pada tahun 1948. Empire’s Games ditukarkan menjadi Commonwealth Games atau Sukan Komanwel apabila kebanyakan negara yang di bawah jajahan Great Britain mencapai kemerdekaan, temasuklah negara kita pada tahun 1957. Negara kita menyertai acara olahraga di Kejohanan Sukan Olimpik buat kali pertama pada tahun 1956 di Melbourne, Australia.Kita juga mengambil bahagian dalam acara olahraga buat kali pertama di Sukan Asia ke-4 di Jakarta pada tahun 1962.

Malaysia telah menganjurkan beberapa kejohanan besar di peringkatantarabangsa. Selain daripada Sukan SEA atau asalnya dipanggil Sukan SEAP, Malaysia telah menganjurkan Kejohanan Balapan dan Padang  Asia pada tahun 1991. Kemuncak penglibatan Malaysia dalam arena olahraga ialah semasa kita menjadi tuan rumah Sukan Komanwel 1998 yang melibatkan ramai jaguh antarabangsa bertanding.

Di peringkat sekolah, kejohanan olahraga Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia telah menganjurkan kejohanan olahraga yang pertama pada tahun 1958, iaitu pada tahun Majlis Sukan Sekolah-Sekolah Malaysia ditubuhkan.Semenjak itu, kejohanan olahraga MSSM diadakan pada setiap tahun secara bergilir-gilir antara semua negeri di Malaysia.   



A2     Sejarah olahraga antarabangsa



Mengikut catatan sejarah, olahraga dipercayai bermula pada 3000 tahun yang lampau di Greece.Oleh itu ianya boleh dianggap sebagai acara sukan yang tertua di dunia.Mengikut catatan, Sukan Olimpik kuno bermula tahun 776 S.M di Greece.Mengikut The Encyclopediaof Sports acara pertama yang dicatatkan sebagai sukan olahraga ialah lompat jauh dimana ahli sukan Sparta iaitu Chionis berjaya melompat sejauh 23 kaki 1 ½ inci pada Sukan Olimpik  656 S.M.

Peringkat awal sukan olahraga melibatkan orang-orang Yunani dan Roman yang cenderung kepada permainan-permainan membaling, sukan kereta kuda lumba, gusti, serta sukan pertempuran. Di zaman pertengahan anak-anak lelaki kepada orang orang bangsawan akan dididik untuk berlari, melompat dan bergusti, sebagai tambahan kepada menunggang, berlawan tombak dan latihan senjata.

Olahraga bermula dari Sukan Olimpik Moden yang telah diadakan buat kali pertama di Greece tahun 1896. Sukan ini dianjurkan oleh Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa yang bergabung dengan Majlis Olimpik Antarabangsa dan ia diadakan empat tahun sekali. Sukan ini tidak mungkin wujud kembali jika tiada orang yang bernama Baron Pierre de Coubertin menerajuinya. Pada Sukan Olimpik yang pertama  itu  sebanyak  295 atlit telah menyertainya.

            Olahraga merupakan elemen yang paling penting dalam sukan Olimpik Moden. Ia dipraktikkan di semua negara kerana nilai pendidikannya dan peranannya boleh  memberi  peningkatan kepada fizikal individu. Ia juga merupakan asas yang diperlukan untuk prestasi optimum dalam sukan lain. Tambahan pula ia menawarkan peluang kepada penyelidik untuk mengkaji pergerakan manusia.

            Di England sukan olahraga telah dihidupkan oleh Royal Military College di Sandhurst dimana temasya sukan bermula pada 1812.Kemudian Kelab Olahraga yang pertama ditubuhkan iaitu ‘The Necton Guild’. Setelah itu semakin banyak kelab olahraga yang ditubuhkan dan ada kelab olahraga peringkat universiti yang ditubuhkan iaitu pada tahun 1850 di Oxford University, Exeter College Athletic Club. Manakala kejohanan kebangsaan yang pertama ialah pada tahun 1866 dianjurkan oleh Amateur Athletic Club di England.

            Seterusnya kejohananan antarabangsa yang pertama diadakan pada tahun 1876 antara England dan Ireland.Menjelang abad ke-20 ramai atlit Amerika Syarikat telah mampu mencatatkan prestasi yang memberangsangkan. Namun begitu atlit dari negara Eropah lain juga turut cemerlang dalam acara-acara olahraga.  Ternyata kebanyakkan peserta dari negara Amerika Syarikat ialah berketurunan Negro.Sememangnya ketika itu atlit dari Asia dan Afrika masih belum mampu menyaingi kemampuan atlit dari Eropah.Tetapi kini senario tersebut telah berubah dan boleh dikatakan atlit Asia dan Afrika dianggap setaraf dengan atlit Eropah.

            Persekutuan Olahraga Amatur Antarabangsa telah ditubuhkan pada tahun 1912.Kewujudan IAAF telah menggerakkan program-program olahraga yang telah diubahsuai dan diperkembangkan secara berterusan.Selepas itu semua negaraboleh menganggotai badan tertingi sukan olahraga dunia ini.Peranan IAAF ialah sebagai penasihat dan pengiktiraf kepada semua perjumpaan sukan terbesar ini.Persekutuan ini adalah satu-satunya badan atau pertubuhan yang boleh mengiktiraf sebarang rekod ataukejayaan yang dicapai oleh atlit.Segala peraturan dan undang-undang yang berkaitandengan olahraga adalah dibawah tanggungjawab IAAF.

            Dalam menjaminkejayaan sesuatu penganjuran sukan, perancangan dan pengurusan yang licin, bersistem dan berkesan amat diperlukan dan membuahkan hasil iaitu prestasi yang baik. Bermula dari peringkat sekolah, mereka yang terpilih akan mengambil bahagian pula di peringkat daerah, zon, negeri,  kebangsaan sehinggalah ke peringkat antarabangsa. Pada peringkat awal wanita-wanita tidak dibenarkan menyertai acara balapan dan acara padang Sukan Olimpik sehingga tahun 1928.

            Setelah itu banyak kejayan yang diperolehi atau dilihat pada Sukan Olimpik. Contohnya pada 1992 di Barcelona lebih dari 135 negara yang menyertai sukan ini. Cogan kata bagi Sukan Olimpik ialah “Perkara yang penting didalam sukan bukanlah kemenangan, tetapi mengambil bahagian seperti perkara yang penting dalam hidup ialah berusaha”. Berdasarkan kepada cogan kata inilah banyak negara yang telah menyertainya walaupunamat sukar untuk mencapai sesuatu kemenangan. 


Thursday, 22 November 2012

raye 2012

Alhamdulillah di beri olehnye kesihatan untuk KK berhari raya dalam keadaan yang sarat maklumlah dah tunggu hari tuk meletup..genaplah kandungan KK 38 pada hari raya pertama (1 Syawal )
huh dah xlarat bawa tummy yang makin membesar..kandungan KK nampak sangat besar mungkin sebab KK selalu sangat minum ais masa berbuka..maunyer x..godaan tul...
 Dalam keadaan beringat,berjaga-jaga dan berhati-hati KK menjalankan juga tugas sebagai seorang ibu kepada 2 orang anak dan isteri kepada suamiku..

KK tetap gak g beraya -balik kampung belah suami kat Tanjung Karang..sebab rasa seronok nak menikmati juadah hari raya sebelum KK bersalin n berada dalam pantang nanti...hihihi sempat makan semua alhamdulillah...suke sangat...

 my notty son sonok kutip duit raye..my douter plak asyik nak bergaya jerlah dengan rambut yang terpaksa dipotong pendek...ermmm...

Dah penat beraya KK rasalah berat sangat bahagian perut macam bb dah menekan sangat...cuak gak blik umah mother in law, keluar lendir banyak sangat hope xderlah bercampur ngan darah...dah tanda tu...

kerisauan berakhir, baby ku bukan bb 1 Syawal,
small family-berempat n becaming berlima..
gedikz mak buyung dalam jem hari raye...
preggyb 38 weeks...

Monday, 19 November 2012

BERHABUK SUDAH...

lamanyer x memblogkn diri hampir 4 bulan blog ku bersarang..hihuhuhu...masa n ketika x mengizin kn KK tuk membelek blog KK...cerita pun dh bnyak nk distorykn huh mana nk mula nie...yg pasti KK dah berlima skng nie...alhamdulillah..dah dpt bb...t nk story ek...skng intepreme lu....bnyk habuk KK kena bersihkn..bg cntik skit..dan sempena tahun baru, hijrah itu perjuangn....ok t kk conteng2 lg...

Wednesday, 8 August 2012

Tak sabar nak jumpa my little stronger & cute baby

36 Minggu 4 hari sudah....

         Kandungan KK dah membesar sihat, alhamdulillah dikurniakan olehNYA kesihatan...
semalam KK ke klinik cheak up seperti biasa...apa yang teruja masalah HB ok.dr 10.9 turun 10.2 semalam dah naik 11.2 kira oklah, bulan puasa memang kurang minum air tapi alhamdulillah kencing kotor pun dah tak ader, hampir 5 bulan KK berdepan dengan masalah kencing kotor yang tak teruk lah... berat badan 2 minggu lepas turun 3 kg, semalam naik 500g kira naik lah...layan lah...

         Apa yang pasti skang juga KK memang tak sabar nak jumpa lil baby yang comel nie...tapi dilema yang KK hadapi plak nak soh bby hold dulu ..KK nak raya n bb dok lam tummy mama dulu tau..._ tulah ayat tiap2 malam ngan baby... hihihi...bagi can mama makan rendang n lemang dulu...

        Persediaan untuk sambut baby dah kira cukuplah tu... yang kurang tu tutup2 matalah..

sal raya tahun nie simple n bese2 jer...apa yang perlu dan yang penting jerlah...

 Oklah KK stop story dulu, esok KK kena jumpa Doc pakar kat hospital t story apa respond doktor sal KK... bye..

      layan pic baby nak ?? ihsan dr google... suke tengok... :)

                                                      


















so cute baby2 semua nie...... muahhh muahhh muah... geram nyer....

        

Monday, 30 July 2012

~ kisah 33 minggu 5 hari ~

17 Julai 2012 (Selasa)

Kandungan KK dah masuk 33 +
Kontruksi yang disangka biasa2 jer pada malam tu rupa2nya berterusan hingga esok harinya( 18 Julai) , Dengan penuh harapan agar sakit yang datang 5 minit, 5 minit nie berakhir...ermmm rupa2nya sakit tu makin menjadi2...

Dengan nasihat semua rakan2 kerja , KK pergi ke Klinik Desa untuk tentukan masalah yang KK hadapi ni...Malangnya nurse2 kat situ tak sanggup nak ambik risiko untuk sahkan ada bukaan rahim atau tidak.. apa yang didapati adalah memang ada kontraksi dalam masa 10 minit 3 kali kontraksi, memang kerap so kenalah refer hospital tuk rawatan dan pemeriksaan lanjut.
Call hubby soh datang sekolah,dan g hospital sama2... masa tu tawakal lah harap2 sakitnya boleh bertahan sampai hubby datang, ( x nak menyusahkan kawan-kawan )
 11.30 am terus pergi ke wad bersalin Hospital Banting _ 11.30 - 3.45_ ptg KK kat lobour room..semua di belek dan dibuat pemeriksaan..
1. cek bukaan
2. Cucuk ubat matangkan paru-paru baby
3. cek kekerapan kontraksi
4. CTG (jantung baby )
5. Makan ubat tahan sakit kontraksi...
6.Scan perut tuk tengok menyeluruh keadaan baby

ermmm keputusanya..tiada bukaan rahim, jantung bb ok, tp kena gak cucuk ubat matangkan paru2 baby 2kali ambiknya..huihssss sakit tu..cucuk kat bontot.ubat nie akan matangkan paru2 baby sekiranya bb lahir prame...hopefully baby x kuar lagi... wait yer MY STRONGER BABY..
Air ketuban ok, bila abis 6 biji ubat tahan sakit tu , jantung KK jadi x normal -Laju sangat rupa2nya ubat tu buat kita rasa berdebar-debar.. pihak hospital soh KK makan lagi, terus disuruhnya nurse2 stop, mungkin KK xserasi ngan ubat tu...tapi kesan yang +ve kontraksi KK dah mula ansur kurang..alhamdulillah but the way KK kena gak dok wad sampai keadaan KK ok sepenuhnya..


Suka sangat dengan layanan staff2 kat hospital nie, so friendly, close dengan pesakit, baik2 sangat, senyum jer... sukernyer KK dapat layanan macam nie..thanks you all semua..


 Dalam situasi begini insan yang terhampir dan tersayang sajalah yang sentiasa menemani.. THANKS MY HUBBY n MY KIDS.... sayang mama pada kamu semua lebih dari segala-galanya.

2 hari 1 malam di adalah pengalaman yang baru dalam diri KK..mengajar erti kesabaran, redha dengan ketentuan ILlahi..
 alhamdulillah...

Friday, 15 June 2012

Terjawab sudah~

Akhirnya genap 28 minggu 5 hari KK jumpa doc,awalnya nak refer n cheak muka kk yang alergy teruk sampai macam radang rupanya-gatal sangat-makan x jaga kut.. adoi ia berulang kembali...last sekalikanlah ngan scan tgk kedudukan uri yang mana doc pun soh datang nak cheak sama ada dah naik ke lom-pasal radang tue,doc bg 3 ubat satu tester pelembab.g scan ngan my hubby+ adiek ( xlama lagi panggil kakak lah : )  )
3 perkara doc tgk,1st of course lah masalah plasenta( uri) di godek2, lama jgk nak kena betul2 tgk, dan keputusannya uri still lagi kat bawah n doc gtau uri problem type2/3- mungkin ada harapan leh naik semuanya-kedudukan uri yang kat bawah tu x aderlah menutup pintu rahim just ader skit yang lom naik sepenuhnya- normal kes 7 bulan preggy dah naik semuanya...so KK nie special skitlah-s\doc pun watlah memo soh rujuk pakar plak..ini bahagian KK..redha jerlah....berdoa agar semua dipermudahkan...amin- iklan from this story-doc tanya u all dah tau jantina bb lom...kami just geleng kepala-suami pun cakap x kisahlah aper2 pun..dan2 nampak doc yang exicted nak tgk,sambil tgk air ketuban n ukuran + berat bb- hah per jadi????? jeng-jeng 14/6/2012 kami tahu jantina baby kami-so cute,di luar jangkaan jgklah- sebelum ni suspek lain, ramai kawan cakap bby tuttt,but semua silap tekaan... KK rasa teruja, sebab dalam hati kecil KK memang itu yng KK nakkan... alhamdulillah-syukur, + baby mesti sihat n cergas tau_
dulu dah cari nama tuk tekaan yang silap tu.. tapi dah kena wat pencarian nama baru-dah siap pun-- ; )
 ader dalam 10 choice... tunggu hubby free nak tanya pendapat dier plak-
bila seronok tahu jantina hilang plak kerisauan tetang masalah uri KK-tapi ader baik jgk kalau dok asyik fikir sal masalah kandungan KK takut KK xleh tido malam..


28 weeks 5 days (14/06/2012 )
Berat lover lil baby =  1.260 kg -normal stardand
air ketuban            + normal
jantung                  = normal/ sihat
jantina                   =  rahsia dulu
jangka masa kandungan  = 28 week 5 days ( 14/6/2012 )
jangkaan bersalin    = 03/ 09/12
ukuran rahim   = 27cm

Tuesday, 29 May 2012

Baby cot atau Bouncher baby






Tetiba plak KK rasa dilema wat pilihan,bukanya apa xnak beli barang yang membazir, pengalaman lepas baby langsung taknak dok dalam baby cot, dah bagi kat akak KK..sedih gak sekali tengok baby cot yang KK bagi tu jadi tempat dia simpan barang,x berfungsi...( macam tak di hargai)
nak mintak balik dah macam x sempurna.
    Lani plak dok berkenan dengan Bouncher macam berfungsi jer, baby leh tido ala2buaian dalam tu,leh bawa g mana2..banyak gak fungsinya,kalau beli yang mahal skit leh jadikan kerusi tuk bb makan nanti,kerusi duduk.tapi yang banyak fungsi modal besar tapi berbaloi..tulah hati nie dah macam berubah tak belilah baby cot, belikan bouncher jer x payah modal besar, nanti baby cot tu leceh nak kena beli tilamnya,fitting bed dan assesori lain...
Entahlah...tapi my hubby said if ader yang murah2 belilah..umah kita muat lagi... adoiyai...yang penting KK nak gak Bouncher tu..best tengok bb lam tu... xpelah baby dapat satu cukuplah kan.. insyallah kalau mama di beri rezeki lebih...



Nursery Time Bouncy Cradle Red Kite Wholesale
Ngintai-ngintai kat google, berkenan jgk KK ngan Bouncher nie,nampak comel dengan corak belang-belang ,harganya pun murah RM100. http://kualalumpurcity.olx.com.my/nursery-time-bouncy-cradle-red-kite-wholesale-iid-336552897




comel kan- tapi ni xbolehlah sampai 2 tahun ke atas...
                                                                             cuci mata and servay dulu...

Tunggu dan lihatlah...:)