bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Wednesday 1 June 2011

~Tawaran sambung belajar~

20 Mei yang lalu tawaran sambung belajar PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU ambilan jun 2011 KK terima melalui online- ermm alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan untuk sambung belajar dan dipermudahkan-syukur tak terhingga. umur KK 30 tahun mulalah episod baru dalam hidup KK yang sudah hampir 10 tahun tinggalkan alam belajar, MAMPUKAH?..'hendak seribu daya' "tak nak seribu dalih"..."usaha tangga kejayaan" "dimana ada kemahuan disitu ada jalannya" insyallah akan KK teruskan perjuangan demi masa depan KK keluarga dan kerjaya .

Dengar keluhan rakan2 yang lain yang sama2 belajar (mereka hanya awal 3 bulan dr KK)
  • pening
  • tak tahu nak buat yang mana satu
  • exam susah
  • kelas jauh
  • penat  
Bagi KK kesimpulannya mudah "mana ada belajar itu mudah". Mestinya pelbagai rintangan akan kita tempuh dan harungi. So kita jugalah tetapkan bagaimana untuk menyelesaikan segala urusan agar ianya teratur, tersusun, kalau kita kata ianya susah, penat, berserabut maka jadilah ia sedemikian so positifkanlah diri kita ke arah kebaikan.

Mungkin KK sekarang berani cakap sedemikian sebab KK belum mula sesi kuliah, tutoril, assigment exam, hal- hal sekolah dan keluarga, tapi tidak salah kiranya kita tanamkan semangat dan keyakinan dalam diri dan jiwa kita agar segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA..insyallah.

Dalam masa 2 minggu iaitu 20 mei hingga tarikh lapor diri 11 jun KK kena persiapkan segala dokumen untuk pendaftaran nanti,setakat ni alhamdullillah tinggal beberapa perkara yang belum selesai mungkin paling lewat minggu depan KK akan siapkan.insyallah-

"Suami ku Mohd Izwan juga selaku kawan, teman yang terbaik dalam hidup aku,dia juga banyak memberi bantuan, sokongan dan semangat untuk aku sambung belajar alhamdulillah dia memahami semoga dia dapat memahami keadaan isterinya ini sehingga akhir pengajian aku pada tahun 2015."


Ya Allah swt, KK tahu Kau akan sentiasa bersama hambamu yang lemah ini, berikalah aku kekutan dan sokongan dari insan sekeliling.amin




~SUMBER INSPIRASIKU~

No comments:

Post a Comment