bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Wednesday, 1 June 2011

~Tawaran sambung belajar~

20 Mei yang lalu tawaran sambung belajar PROGRAM PENGSISWAZAHAN GURU ambilan jun 2011 KK terima melalui online- ermm alhamdulillah syukur ke hadrat Illahi kerana mengizinkan untuk sambung belajar dan dipermudahkan-syukur tak terhingga. umur KK 30 tahun mulalah episod baru dalam hidup KK yang sudah hampir 10 tahun tinggalkan alam belajar, MAMPUKAH?..'hendak seribu daya' "tak nak seribu dalih"..."usaha tangga kejayaan" "dimana ada kemahuan disitu ada jalannya" insyallah akan KK teruskan perjuangan demi masa depan KK keluarga dan kerjaya .

Dengar keluhan rakan2 yang lain yang sama2 belajar (mereka hanya awal 3 bulan dr KK)
  • pening
  • tak tahu nak buat yang mana satu
  • exam susah
  • kelas jauh
  • penat  
Bagi KK kesimpulannya mudah "mana ada belajar itu mudah". Mestinya pelbagai rintangan akan kita tempuh dan harungi. So kita jugalah tetapkan bagaimana untuk menyelesaikan segala urusan agar ianya teratur, tersusun, kalau kita kata ianya susah, penat, berserabut maka jadilah ia sedemikian so positifkanlah diri kita ke arah kebaikan.

Mungkin KK sekarang berani cakap sedemikian sebab KK belum mula sesi kuliah, tutoril, assigment exam, hal- hal sekolah dan keluarga, tapi tidak salah kiranya kita tanamkan semangat dan keyakinan dalam diri dan jiwa kita agar segala urusan berjalan lancar dan dipermudahkan olehNYA..insyallah.

Dalam masa 2 minggu iaitu 20 mei hingga tarikh lapor diri 11 jun KK kena persiapkan segala dokumen untuk pendaftaran nanti,setakat ni alhamdullillah tinggal beberapa perkara yang belum selesai mungkin paling lewat minggu depan KK akan siapkan.insyallah-

"Suami ku Mohd Izwan juga selaku kawan, teman yang terbaik dalam hidup aku,dia juga banyak memberi bantuan, sokongan dan semangat untuk aku sambung belajar alhamdulillah dia memahami semoga dia dapat memahami keadaan isterinya ini sehingga akhir pengajian aku pada tahun 2015."


Ya Allah swt, KK tahu Kau akan sentiasa bersama hambamu yang lemah ini, berikalah aku kekutan dan sokongan dari insan sekeliling.amin




~SUMBER INSPIRASIKU~

Tuesday, 10 May 2011

`SELAMAT HARI IBU BUAT ARWAH IBU IBUKU~ zAhARah bINTI awANG~

SELAMAT HARI IBU SEMUA...

Buat mak kk yang amat dirindui,anakmu ini sudah membesar dan kini telah mempunyai keluarga, suami, seorg anak lelaki dan seorang anak perempuan...dan ari ini anakmu ini jua digelar ibu..setelah kau meninggalkan anakmu ini hampir 20 tahun...
Anak mak...amat merinduiiiii mu-al fatihah buat mu...semoga roh mu dicucuri Rahmat dan di tempatkan di tempat2 orang yang beriman..amin..

Thursday, 5 May 2011

~KASIH DAN SAYANGKU hingga ke SYURGA...~


Ya Allah kurniakanlah kemanisan dan taqwa kepada kami sekeluarga...Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami hambaMu yang berhati suci, bercita-cita luhur sanggup memerintah diri sendiri sebelum memimpin orang lain dan mengejar masa depan tanpa melupakan masa lalu..
Ya Allah, ya Rabbi, jadikanlah kami hambaMu yang beriman dan bertaqwa di jalan yang lurus dan Engkau redhai hingga Kami tidak tersesat di jalan yang Engkau murkai
Amin... Ya Rabbal Alamin...
 KEBAHAGIAAN KU

Alhamdulillah Ya Allah di atas kurniaan MU terhadap ku w/pun Seketika dahulu aku ketandusan kasih dan sayang segala yang kulalui perit , mengenal erti kehilangan orang tersayang,(Arwah ibuku) jiwa yang penuh dengan seksaan, ujian demi ujian aku lalui, hari-hari yang ku lalui di iringi air mata kesedihan, penghinaan semua itu mengajar aku kehidupan yang sebenar.Tapi Kau berikan limpahan kasih sayang buatku hari ini..ku harapkan kasih dan sayang ini berkekalan hingga ke syurga.

Wednesday, 20 April 2011

Persoalannya, mampukah membentuk sebuah masyarakat atau komuniti yang hebat dan berjaya, jika terdapat perasaan mazmumah dalam diri iaitu hasad dengki?

Apalah dunia sekarang masih ramai yang hidup saling berdengki antara satu sama lain...

Tak boleh ke ko ngn cara ko dan jangan nak berdengki2 antara satu sama lain-punca hasad dengki nie leh jd macam2- perlu ke berdengki dan berhati busuk-bila dah dengki hati jadi busuk mula cari jalan untuk menjatuhkan orang lain untuk memuaskan diri sendiri dan nak tengok orang jatuh... hanpesssss...

Terimalah seadanya diri kita dan terimalah kelebihan orang lain yang Allah berikan-hakikatnya diri kita ni banyak kebaikannya dan kelebihan nya kenapa perlu iri hati dengan kelebihan orang lain?kita dah di beri sempurna oleh Allah swt.Masing-masing punya bahagian. bsyukurlah wahai manusia manusia...

Wednesday, 13 April 2011

KAWAN SEJATI

KK sebenarnya keliru antara kawan dan lawan, di era sekarang KAWAN SEJATI susah di cari!
Pengalaman KKlah setiap kali KK berkawan KK inginkan satu ikatan terjalin yang mana ikatan ini bkn hanya untuk sementara tapi untuk selama2nya.apa makna kawan ????

Adakah kawan ini diperlukan sewaktu susah dan lupakan di waktu senang???Adakan kawan ini dijadikan sebagai batu lonjatan untuk keperingkat lebih tinggi ???? adakah kawan ini akan menjatuhkan kawan apabila ada kepentingan sendiri ataupun peribadi...ahhh semua ini WUJUD dan BERLAKU
so berwaspadalah dengan KAWAN!

Tak semua kawan itu adalah sahabat.. bila bersama sahabat kita akn rasa selesa utk brkngsi ape2pun...
mmng ssh nk cr shabat tp itulah yg amat brharga.. bg yg dah jumpa sahabat yg setia tu jg lar atinya kerna dia akn turut mnjg ati kita...

OK lah KK xnak story lebey sal kawan..tajuknyer besar, n ianya banyak berkait dengan hidup KK yang masih tertanya2 mengapa ada kawan sedemikian..dan mengapa perlu bersikap sedemikian... adakah kurang memahami apa maksud sebenar kawan!?

Sunday, 10 April 2011

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB PART 2

Dah habis layan air, pasir, n makhluk Allah di sisiran pantai kami sekeluarga beransur balik ke chalet tuk mengelak daripada teperangkap daripada air pasang dan untuk bersiap sedia aktiviti BBQ malam nanti.
( dany dariessha n acu main pasir)
(ketam yang dah mati)
(baby ketam)
(mak lang n bb mijan yg sonok sgt main air)
Setelah siap sedia,sesudah magrib my hubby n adik2 ipar sudah mula mengoperasikan BBQ dengan persediaan membakar n membarakan arang.segala bahan untuk dibakar aku dh sediakan awal2..huh xsbr nk makan.
 (org2 kuat 4 BBQ yg pasti sedap)
(ikan dibungkus oleh kaum lelaki kemas gtu)


Selesai BBQ dlm kul 8.45 TIME CELEBRITE my besday yg ke 30 huhuhuhu...
nyum2..
heppy besday my mum
hope my family happy 4ever n ever
tiup...dariessha yg xader perasaan
Setelah kekenyangan kami satu family layan tv.pas tu adalah yang bukak meja main daun..tuk heppy2..tp aku memang xpandai main pun tukang tengok jer.
tgk tu si kecik tu pun sonok jer..xngantuk lg ker..?
lastttttttttttt,...............

hi4...

GELERI

Sekian dulu coretan kenangan indah buat aku di hari kelahiranku yang ke 30..amat istimewa..thanks everyone..lop u all...

Tuesday, 5 April 2011

Rumah peranginan persekutuan Morib

27-28 Mac 2011 Asalnya perancangan untuk bermalam dan BBQ kat rumah peranginan persekutuan morib sememangnya tidak dirancang.Last minute dapat book kat tempat tu so dah booking tu terpaksa jadilah nanti nama kita bph tak berapa cantik.hi3....
Sememangnya hati ini amat teringin buat satu program family day macam ni,boleh beraktiviti bersama-sama dalam suasana yang berbeza mesti indah.
Kebetulan pula masa pergi hari tu hari jadi aku belum di sambut so sekalikanlah malu juga jadi besday gal ni maklumlah dah tua.tapi takpelah motif aku nak berkumpul beramai-ramai bercerita dan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Dany dan Dariesshalah orang yang paling xcited nak pergi sana tambah lagi atok dan wan serta makcik n pakciknya semua join..happy sangatlah dua beradik tu bila dapat berita semua dapat join apa lagi bertungkus lumuslah aku menyiapkan menyediakan segala kelengkapan.Kepenatan buat persediaan secara sendirian hilang bila dapat tahu semua family dapat join sama.Menu untuk tengah hari kat chalet Nasi Lemak Telor Mata ermm panas-panas laris semua kekenyangan
Sebelum tu lupa nak cakap aku menunggu family aku datang dari klang dalam kul11 pagi untuk sama-sama gerak dari umah aku Banting ke Morib sekali kena perli da" nak duduk sana terus ke" huhuhuhu memang banyak aku bawa barang sampai xmuat bonet keta aku terpaksa tumpangkan dalam bonet bapa mertuaku..malu..tapi aku bawa semua barang tu supaya tak ada yang kurang.
Sambung aktiviti kami sekeluarga pas kekenyangan makan nasi lemak panas-panas yang tak tahan aku dapat pujian dengan nasi lemak aku tu,sampai mak mertua aku mintak sambal nasi lemak aku untuk di tapau..TANDANYA sedap..hi3 suka..
Masing-masing buat hal masing ada yang berehat ada yang panjangkan langkah menjenguk pantai.My hubby pun ajak aku jalan jalan sekitar chalet ermm apa lagi jom lah.anak-anak tengah sibuk mlompat atas katil, mnemandangkan cuaca pada petang tu panas sangat so kejap jerlah menjenguk pantai yang airnya tengah surut.
Dalam pukul 3 petang adik ipar n family dia pun sampai join kami yang dah ada nie lepak-lepak lah sambil menikmati angin yang bertiup agak kuat.segar rasanya.
aktiviti seterusnya kopek buah kelapa muda bermacam cara tool box tu dikuarkan tuk cari alatan yang sesuai untuk kopek buah kelapa habis pisau ku yang kecik tu rosak dikerjakan. :)

aktiviti diteruskan pada waktu petang jejalan di tepi pantai
                                (picture rumah persekutuan morib yang berdepan dengan pantai)
                                                  (pantainya yang tengah surut )
                                         alunan pasir yang dipukul ombak...chanthekkk..

                                    (carilah apa yang patut dalam air tu... )
Ermm rasanya kena wat part 2 untuk family day and my simple party besday ni..byk lagi nak story ni...
YANG PASTI SAAT DAN MASA INI AMATLAH INDAH SANGAT...THANKS PADA SEMUA LEBIH2 LG SUAMIKU...THANKS.. jumpa part 2 ....