bck ground baru

Blogaholic Designs”=

Wednesday, 20 April 2011

Persoalannya, mampukah membentuk sebuah masyarakat atau komuniti yang hebat dan berjaya, jika terdapat perasaan mazmumah dalam diri iaitu hasad dengki?

Apalah dunia sekarang masih ramai yang hidup saling berdengki antara satu sama lain...

Tak boleh ke ko ngn cara ko dan jangan nak berdengki2 antara satu sama lain-punca hasad dengki nie leh jd macam2- perlu ke berdengki dan berhati busuk-bila dah dengki hati jadi busuk mula cari jalan untuk menjatuhkan orang lain untuk memuaskan diri sendiri dan nak tengok orang jatuh... hanpesssss...

Terimalah seadanya diri kita dan terimalah kelebihan orang lain yang Allah berikan-hakikatnya diri kita ni banyak kebaikannya dan kelebihan nya kenapa perlu iri hati dengan kelebihan orang lain?kita dah di beri sempurna oleh Allah swt.Masing-masing punya bahagian. bsyukurlah wahai manusia manusia...

Wednesday, 13 April 2011

KAWAN SEJATI

KK sebenarnya keliru antara kawan dan lawan, di era sekarang KAWAN SEJATI susah di cari!
Pengalaman KKlah setiap kali KK berkawan KK inginkan satu ikatan terjalin yang mana ikatan ini bkn hanya untuk sementara tapi untuk selama2nya.apa makna kawan ????

Adakah kawan ini diperlukan sewaktu susah dan lupakan di waktu senang???Adakan kawan ini dijadikan sebagai batu lonjatan untuk keperingkat lebih tinggi ???? adakah kawan ini akan menjatuhkan kawan apabila ada kepentingan sendiri ataupun peribadi...ahhh semua ini WUJUD dan BERLAKU
so berwaspadalah dengan KAWAN!

Tak semua kawan itu adalah sahabat.. bila bersama sahabat kita akn rasa selesa utk brkngsi ape2pun...
mmng ssh nk cr shabat tp itulah yg amat brharga.. bg yg dah jumpa sahabat yg setia tu jg lar atinya kerna dia akn turut mnjg ati kita...

OK lah KK xnak story lebey sal kawan..tajuknyer besar, n ianya banyak berkait dengan hidup KK yang masih tertanya2 mengapa ada kawan sedemikian..dan mengapa perlu bersikap sedemikian... adakah kurang memahami apa maksud sebenar kawan!?

Sunday, 10 April 2011

RUMAH PERANGINAN PERSEKUTUAN MORIB PART 2

Dah habis layan air, pasir, n makhluk Allah di sisiran pantai kami sekeluarga beransur balik ke chalet tuk mengelak daripada teperangkap daripada air pasang dan untuk bersiap sedia aktiviti BBQ malam nanti.
( dany dariessha n acu main pasir)
(ketam yang dah mati)
(baby ketam)
(mak lang n bb mijan yg sonok sgt main air)
Setelah siap sedia,sesudah magrib my hubby n adik2 ipar sudah mula mengoperasikan BBQ dengan persediaan membakar n membarakan arang.segala bahan untuk dibakar aku dh sediakan awal2..huh xsbr nk makan.
 (org2 kuat 4 BBQ yg pasti sedap)
(ikan dibungkus oleh kaum lelaki kemas gtu)


Selesai BBQ dlm kul 8.45 TIME CELEBRITE my besday yg ke 30 huhuhuhu...
nyum2..
heppy besday my mum
hope my family happy 4ever n ever
tiup...dariessha yg xader perasaan
Setelah kekenyangan kami satu family layan tv.pas tu adalah yang bukak meja main daun..tuk heppy2..tp aku memang xpandai main pun tukang tengok jer.
tgk tu si kecik tu pun sonok jer..xngantuk lg ker..?
lastttttttttttt,...............

hi4...

GELERI

Sekian dulu coretan kenangan indah buat aku di hari kelahiranku yang ke 30..amat istimewa..thanks everyone..lop u all...

Tuesday, 5 April 2011

Rumah peranginan persekutuan Morib

27-28 Mac 2011 Asalnya perancangan untuk bermalam dan BBQ kat rumah peranginan persekutuan morib sememangnya tidak dirancang.Last minute dapat book kat tempat tu so dah booking tu terpaksa jadilah nanti nama kita bph tak berapa cantik.hi3....
Sememangnya hati ini amat teringin buat satu program family day macam ni,boleh beraktiviti bersama-sama dalam suasana yang berbeza mesti indah.
Kebetulan pula masa pergi hari tu hari jadi aku belum di sambut so sekalikanlah malu juga jadi besday gal ni maklumlah dah tua.tapi takpelah motif aku nak berkumpul beramai-ramai bercerita dan mengeratkan lagi hubungan kami sekeluarga.
Dany dan Dariesshalah orang yang paling xcited nak pergi sana tambah lagi atok dan wan serta makcik n pakciknya semua join..happy sangatlah dua beradik tu bila dapat berita semua dapat join apa lagi bertungkus lumuslah aku menyiapkan menyediakan segala kelengkapan.Kepenatan buat persediaan secara sendirian hilang bila dapat tahu semua family dapat join sama.Menu untuk tengah hari kat chalet Nasi Lemak Telor Mata ermm panas-panas laris semua kekenyangan
Sebelum tu lupa nak cakap aku menunggu family aku datang dari klang dalam kul11 pagi untuk sama-sama gerak dari umah aku Banting ke Morib sekali kena perli da" nak duduk sana terus ke" huhuhuhu memang banyak aku bawa barang sampai xmuat bonet keta aku terpaksa tumpangkan dalam bonet bapa mertuaku..malu..tapi aku bawa semua barang tu supaya tak ada yang kurang.
Sambung aktiviti kami sekeluarga pas kekenyangan makan nasi lemak panas-panas yang tak tahan aku dapat pujian dengan nasi lemak aku tu,sampai mak mertua aku mintak sambal nasi lemak aku untuk di tapau..TANDANYA sedap..hi3 suka..
Masing-masing buat hal masing ada yang berehat ada yang panjangkan langkah menjenguk pantai.My hubby pun ajak aku jalan jalan sekitar chalet ermm apa lagi jom lah.anak-anak tengah sibuk mlompat atas katil, mnemandangkan cuaca pada petang tu panas sangat so kejap jerlah menjenguk pantai yang airnya tengah surut.
Dalam pukul 3 petang adik ipar n family dia pun sampai join kami yang dah ada nie lepak-lepak lah sambil menikmati angin yang bertiup agak kuat.segar rasanya.
aktiviti seterusnya kopek buah kelapa muda bermacam cara tool box tu dikuarkan tuk cari alatan yang sesuai untuk kopek buah kelapa habis pisau ku yang kecik tu rosak dikerjakan. :)

aktiviti diteruskan pada waktu petang jejalan di tepi pantai
                                (picture rumah persekutuan morib yang berdepan dengan pantai)
                                                  (pantainya yang tengah surut )
                                         alunan pasir yang dipukul ombak...chanthekkk..

                                    (carilah apa yang patut dalam air tu... )
Ermm rasanya kena wat part 2 untuk family day and my simple party besday ni..byk lagi nak story ni...
YANG PASTI SAAT DAN MASA INI AMATLAH INDAH SANGAT...THANKS PADA SEMUA LEBIH2 LG SUAMIKU...THANKS.. jumpa part 2 ....

Thursday, 31 March 2011

KE kuATaN HatI dAn JIwa..


Surah Ali Imran Ayat 200





 
"Wahai orang yang beriman! Bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara-perkara yang berkebajikan), dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh, di medan perjuangan), dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertakwalah kamu kepada Allah, supaya kamu berjaya (mencapai kemenangan)."
 
 




ORANG MUKMIN YANG KENTAL 
DALAM JIHAD

Dalam ayat di atas Allah SWT menghendaki kita bersungguh-sungguh dan bersabar di dalam menegakkan kebenaran. Kita hendaklah memiliki kesabaran melebihi kesabaran musuh-musuh Allah SWT. Kesabaran orang mukmin mengatasi kesabaran orang-orang kafir. Orang mukmin tetap bersabar dalam apa jua suasana. Walaupun musuh-musuh Allah sabar dalam melakukan sesuatu, tetapi orang mukmin lebih sabar daripada mereka. Di samping bersabar orang mukmin juga lebih kuat daripada musuh-musuh mereka.

Orang mukmin yang lebih mampu
 
Orang mukmin bukan sahaja menentang musuh luaran bahkan mereka juga menentang musuh di dalam jiwa. Mereka lebih mampu dan  berkeupayaan untuk menentang musuh di dalam jiwa atau dada. Begitu juga dalam berhadapan dengan musuh di kalangan manusia sendiri. Orang mukmin sentiasa menyeru dan berjuang. Kalau musuh-musuh berjuang dengan sabar maka mereka pun berjuang dengan penuh kesabaran. Sekiranya musuh kuat maka mereka pun kuat. Musuh Allah itu berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan mereka, maka mereka juga berazam bersungguh-sungguh untuk hapuskan musuh-musuh Allah itu.
Akhirnya, hanya orang mukmin yang tetap lebih sabar daripada orang kafir atau musuh Allah SWT. Walaupun yang bathil itu sabar, kuat dan maju tetapi orang beriman lebih sabar dan lebih berkeupayaan untuk kekal di atas jalan jihad. Yang hak itu semestinya mempunyai kesabaran dan kemampuan yang lebih untuk terus di dalam perjuangannya.
Berjihad di mana-mana sahaja
 
Orang-orang mukmin tetap berjuang dan berjihad. Mereka tetap berjihad melawan kufur melalui dakwah, berjihad menyeru untuk kekalkan Islam dan berjihad mendedahkan kejahatan dalam zuruf al munasabah. Mereka sentiasa berterusan berjihad di mana-mana sahaja.
Sekiranya daulah Islamiah sudah wujud, maka orang-orang mukmin dan tentera-tentera Islam akan berjihad mempertahankan Islam di setiap penjuru yang dimasuki oleh musuh. Di dalam keadaan yang tiada negara Islam sekarang ini maka perjuangan kita ialah berdakwah dan menegakkan kalimah Allah SWT di mana sahaja kita berada.
Jihad yang berterusan
 
Kumpulan Islam tak pernah lalai atau diam. Kumpulan ini tetap bergerak, lebih-lebih lagi dalam suasana sekarang yang mana tiada masa untuk berdiam diri. Masa sepenuhnya digunakan untuk berjihad melawan musuh. Kita hendaklah curahkan sepenuh masa untuk berjihad menegakkan Islam dan menentang musuh. Musuh Allah tidak pernah membuat gencatan senjata dengan kita. Mereka menentang kita di mana sahaja. Mereka sentiasa menentang kebenaran di setiap saat dan ketika. Sejak mula penyeruan menegakkan kalimah Allah lahir di bumi maka sejak itulah musuh Allah tak pernah mengikatkan perjanjian sementara (berhudnah) dengan kita. Kita terus diserang di mana-mana dan pada bila-bila masa sahaja. Oleh itu kita pun perlu bersungguh-sungguh dan bertahan dengan penuh keupayaan untuk berjihad di jalan Allah hinggalah akhir zaman.
Sistem Islam yang menguasai keseluruhannya
 
Dakwah Islam menyampaikan kepada manusia satu sistem hidup yang waki’i (yang benar-benar berlaku dalam realiti). Satu sistem yang menguasai jiwa manusia. Mungkin ada manusia yang berpada dengan Islam menguasai setakat benda-benda yang zahir sahaja. Sesungguhnya yang paling penting ialah sistem Islam dapat menguasai jiwa manusia terlebih dahulu. Selepas itu menguasai harta benda dan segala peraturan hidup manusia.
Kebatilan yang sentiasa memerangi
 
Sistem Islam adalah satu sistem yang baik, adil dan saksama tetapi kejahatan tidak senang melihat sistem ini, dan  kebatilan tidak suka kepada kebaikan, keadilan serta kejujuran. Begitu juga kezaliman tidak pernah menyerah kepada keadilan dan kemuliaan Islam.
Justeru itu kejahatan, kebatilan dan kezaliman sentiasa memerangi dan memusuhi dakwah yang benar ini. Dakwah yang benar ini sentiasa ada musuhnya.
Mereka yang mencari kepentingan maslahat diri sudah barang tentu akan menentang sistem Allah. Begitu juga akan menentang sistem Allah ini, orang yang menyeleweng kerana mereka tak mahu menjauhkan diri daripada sifat penyelewengan itu.
Oleh itu kita mestilah berjihad bersungguh-sungguh menentang mereka itu. Kita perlu sabar dan tahan. Kita perlu berusaha supaya umat Islam  tidak dikuasai oleh musuh-musuh Allah. Penyerangan musuh-musuh Allah bermula terhadap jiwa kita. Kita berjihad bersungguh-sungguh melepaskan diri daripada penguasaan musuh terhadap jiwa kita. Manakala kita bebas dari penguasaan musuh ini maka barulah kita boleh berjuang membebaskan manusia daripada musuh-musuh yang berupa manusia dan jin. Sekiranya daripada awal-awal lagi kita tidak dapat membebaskan jiwa daripada musuh-musuh Allah itu maka tak usahlah diharapkan kita akan dapat berjihad untuk melawan musuh-musuh lain yang bercorak manusia. Inilah lumrah dakwah Islam hari ini.
Prinsip asal dakwah
 
Prinsip dakwah ini bukanlah untuk memusuhi atau mencerobohi orang lain. Tetapi prinsipnya adalah untuk membangunkan satu sistem yang betul dan adil di kalangan manusia. Bukan prinsip asalnya untuk mengkafir atau menghina sesiapa. Dakwah ini ingin mengikuti apa yang dikehendaki Allah dan RasulNya. Allah-lah matlamat dakwah ini dan Rasul-lah ikutannya. Kita berdakwah dengan tujuan untuk menegakkan sistem Islam di kalangan manusia.
Namun begitu dakwah ini sentiasa dibenci oleh golongan yang mencari kepentingan. Sistem yang seperti ini sentiasa ada yang menentangnya dengan segala kekuatan. Kekuatan zahir yang pada musuh-musuh Islam digunakan sepenuhnya menentang Islam. Apabila kita dapat membebaskan jiwa daripada penguasaan musuh-musuh Allah itu maka InsyaAllah kita akan membina satu kumpulan yang mampu menghadapi tentangan siapa sahaja.
Kekuatan Islam melawan kekuatan musuh dalam bermacam-macam bentuk
 
Banyak kekuatan musuh dari berbagai arah yang menentang sistem dan dakwah yang benar ini. Dengan menggunakan kekuatan lisan dan di‘ayah sistem yang adil ini diganyang. Kebenaran dakwah Islam dipusing-pusingkan dan diselewengkan dengan bermacam-macam alat untuk memesongkan umat manusia. Oleh itu dakwah Islam mesti berusaha membebaskan diri daripada musuh-musuh Allah. Kita perlu melalui perjuangan ini sedaya upaya dengan semua peralatan dan persediaan yang ada pada kita seperti kekuatan jiwa, kekuatan penyusunan dan kekuatan pembentukan yang dijalankan berdasarkan Al Quran
dan as Sunnah.
Telah berlalu masa tidur
 
Orang beriman sekali-kali tidak lalai atau tidur. Masa berehat-rehat atau tidur telah berlalu. Masa untuk bersenang-senang dengan hobi, berkelah-kelahan tanpa tujuan dan berfoya-foya telah berangkat pergi. Kalau kita berkelah atau melancung pun mestilah dengan tujuan takwin Wa’ Islami. Melancong dan berkelah tanpa tujuan takwin wa’ Islami atau ijad rakaiz Islamiah dianggap lalai dan dikhuatiri mengakibatkan terjatuh ke dalam perangkap musuh-musuh Allah. Ini kerana segala sesuatu yang kita usahakan sekiranya tidak membawa pada takwin wa’ Islami dan pembentukan kefahaman serta kesedaran Islam maka usaha itu dianggap amal yang dhaif (lemah).
Bekalan yang berkekalan
 
Bekalan paling berkekalan yang kita perlukan seperti yang tersebut dalam ayat di atas ialah taqwa. Taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan dakwah, dengan sistem Islam dan dengan jihad yang kita lakukan. Kalau tiada taqwa maka akan tersesatlah kita. Ini kerana taqwa sentiasa menjaga hati. Kalau tiada taqwa maka hati kita akan dikongkong kembali oleh musuh-musuh Allah SWT. Oleh itu kita perlu sentiasa menyediakan taqwa yang mengawasi kita daripada lalai.
Jiwa yang sudah ditawan
 
Kalau ada di kalangan manusia termasuklah ulamak-ulamak yang berdiam tanpa berjihad, berfoya-foya dan bersenang-senang, maka  ini menunjukkan jiwa mereka sudah ditawan oleh ghaflah atau lalai. Amal mereka seperti itu tidak dianggap amal yang berfaedah. Jiwa sudah kehilangan taqwa yang menjaga jiwa daripada lalai dan lemah. Jiwa sedang atau sudah diserang oleh musuh samada disedari atau tidak.
Peranan taqwa
Sistem Allah sentiasa berjalan bersama dengan jiwa yang bertaqwa. Taqwa menjaga kita supaya tidak menceroboh ke lain. Taqwa ialah satu kuasa pengawasan untuk mengekalkan sistem Allah. Takwa mengawasi perjalanan kita sebagai seorang muslim. Taqwa juga mengawasi perlaksanaan sistem Allah SWT.
Saidina Umar r.a pernah bertanya kepada Ubai bin Kaab tentang taqwa, “Apakah yang dimaksudkan tentang taqwa ya Ubai ?”. Kata Ubai “ tidakkah engkau pernah melalui satu jalan yang banyak duri?”. Jawab Umar, “ Ya, saya pernah”. Kata Ubai, “ apakah yang engkau buat ?”. Kata Umar, “ saya angkat kain dan saya berhati-hati melangkah”. Kata Ubai, “itulah taqwa.”
Taqwa itu satu pengawasan. Untuk sampai ke peringkat taqwa seperti ini, maka seseorang itu perlulah melalui jalan iman dan memahami benar-benar akan Islam terutama perkara-perkara yang fardhu  dan wajib difahami. Kalau tidak melalui jalan ini maka seseorang tidak boleh menjadi seorang yang bertaqwa pada Allah SWT dalam ertikata yang sebenarnya. Seseorang itu tidak tahu hendak mengawasi diri, mereka akan terpijak duri  dan tidak tahu mengikuti nilai Allah SWT. Justeru itu seseorang mestilah terlebih duhulu beriman pada Allah dan Islam sepenuhnya.
Jamaah yang menjaga taqwa
 
Jamaah Islamiah wajib memahami hal ini.  Kalau tidak, akan mudahlah terjatuh ke dalam ranjau-ranjau dan duri-duri dalam perjalanannya. Sifat dakwah ini ditentukan Allah SWT. Kita tidak boleh menciptanya sendiri. Oleh itu kita hendaklah menjadi orang yang bertaqwa pada setiap kerja kita. Letakkanlah duhulu neraca taqwa kepada Allah SWT bagi setiap penilaian.
Taqwa itu meliputi iman dan  Islam. Taqwa itulah yang menentukan amalan-amalan kita betul-betul di dasarkan pada keimanan dan Islam. Taqwalah yang mengawas peribadi, kumpulan, usrah dan daulah Islamiah. Tidak akan lahir amalan Islam yang sebenarnya tanpa taqwa. Oleh itu taqwa mestilah sentiasa bersama-sama dengan sistem Allah. Kalau sistem Islam tidak diawasi oleh taqwa maka ia akan lemah, akan lalai, akan dicerobohi dan akan terdedah kepada penyelewengan-penyelewengan.
Biarlah taqwa itu berasaskan pada iman dan Islam. Kerana itulah kita perlu meningkatkan keimanan dan kefahaman terhadap Islam.
Tidak dirasai perlunya taqwa melainkan.....
Tidak dirasai perlunya kepada pengawasan taqwa ini kecuali orang yang telah banyak berjihad di jalan  Allah SWT dan  yang banyak menderita dalam berjihad menegakkan kalimah Allah SWT. Mereka ini merasakan amat perlu pada pengawasan ini. Dalam perjalanan nanti mereka akan berjumpa dengan daya penarik yang banyak seperti pangkat, kebesaran, wang, kemewahan dan kedudukan. Tanpa taqwa mereka akan tercicir, tidak tahan dan tanpa disedari akan diperalatkan oleh sistem yang lain. Sedangkan hal ini bersalahan dengan nilai taqwa itu sendiri.
Orang yang tidak biasa berjalan di atas jalan dakwah ini tidak akan berhajat kepada taqwa. Orang yang tidak pernah menderita dalam menegakkan Islam tidak akan berhajat kepada taqwa. Oleh itu daripada awal-awal lagi kita kena ada penjaga ini (taqwa). Apabila seseorang itu baligh atau masuk  Islam sahaja maka pengawasan ini kena bersama-samanya. Kalau tidak mungkin dia akan mensia-siakan hidupnya. Dia akan jatuh ke bawah penguasaan musuh-musuh Allah SWT.
Wabillahi taufiq, wassalamu'alaikum wrth. wbrth.

Monday, 28 March 2011

Di hari ulangtahun ku yang ke 30 tahun

thank my love '-ksih syg mu selama-lamanya
selamat hari lahir mama eja..

hepi 4 ever n ever...
darieshha langsung x berminat nak tiup lilin.. huhuhu..

Friday, 25 March 2011

HANYA TUHAN YANG TAHU

PENDERITAAN....
Anggaplah ia satu Rahmat dr Allah..apa yang harus kita katakan dan berbuat adalah BERSABAR dan terus BERTAWAKAL KEPADA NYA...
sesungguhnya keperitan yang ku lalui selama ini mesti ada penghujungnya 
Allah akan sentiasa memberi pertolongan kepada hamba-hambanyanya yang lemah...
sayu hati ini mengenangkan nasib diri ini, 
cuba dan terus mencuba untuk pulihkan diri aku ini,
tetapi terkadang diri ini terpesong dan jauh dari Mu ya Allah..
kelalaian aku menutup hati aku untuk terus dekat dengan MU...
Allahuakbar Allahuakbar 
Kau berikanlah aku kekuatan, kekuatan iman dihati ini.

YAKIN hanya ALLAH yang maha berkuasa... Hanya ALLAH yang satu...
tiada dua ataupun tiga
Kalau di ikut perasaan sememangnya aku sudah berputus asa,
bosan, kecewa, benci, tak perlu lakukankan apa-apa lagi (tak payah berusaha lagi)
..biarkan aku terus begini.
Wahai keluargaku,saudara mara ku, kawan-kawanku, aku harap kalian dapat menyelami keadaan aku...walaupun aku menderita jangan sesekali pandang pada penderitaan aku ini,
berikanlah kekuatan dan semangat serta kasih sayang pada ku, bukanya SIMPATI YANG AKU MINTA.

Suntikan semangat
Hidup bukan rangkaian penderitan 
melainkan perjuangan utuk membebaskan diri dari penderitaan dan penderitaan itu
hanyalah sebahagian dari kehidupan kita
ertinya dalam kehidupan pasti ada penderitaan yang di alami 
oleh karana itu bergantung kepada kita untuk mengatasinya
agar penderitaan terlihat lebih indah

Pelita Hidup


Hidup ini bagai lampu dinding
Yang dinyalakan di malam hari
Apabila minyak sudah kering
Ia kan pasti padam sendiri

Demikian juga hidup manusia

Selama hidup di dunia ini
Bila dah cukup umur usia
Putuslah hubungan di sana sini

Setelah kita tinggalkan dunia

Alam yang lain pula menanti
Apakah kita dapat kurnia
Itu melihat amal dan bakti

Di sana insan cemas dan bimbang

Tak dapat lagi buat alasan
Buruk dan baik akan ditimbang
Kedua-duanya dapat balasan